Sunday 8 July 2012

2012 - STAR PARADE ALOR SETAR

Lokasi : Star Parade, Alor Setar, Kedah
Tarikh: 3 - 8 Julai 2012

Jarak perjalanan dari Yayasan Jantung Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur
ke Hotel Seri Malaysia Alor Setar, Kedah

Selepas Heart Week Ipoh 2012, kempen seterusnya ialah Alor Setar Heart Week 2012 yang berlansung di Star Parade, Alor Setar, Kedah dari 3 Julai hingga 8 Julai 2012. 

Semasa dalam perjalanan ke Kedah pada 2 Julai (hari jadi ku) , satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku dimana tayar van kami telah pecah di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Simpang Behrang, Selangor.  Kami terpaksa masuk ke simpang Sabak Bernam untuk mencari tayar ganti hinggalah ke Bidor dan Slim River. Namun agak sukar kerana tayar Van jenis Weststar agak sukar diperolehi. Kami terpaksa gunakan tayar spare sepanjang program ini sehinggalah kembali ke Kuala Lumpur. 






STAR PARADE, ALOR SETAR, KEDAH
Star Parade Alor Setar terletak di Jalan Teluk Wanjah, Alor Setar dirasmikan pembukaannya pada 16 Januari 1998 oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad , Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Ia adalah merupakan salah satu komplek membeli belah yang terdapat di Alor Setar selain daripada Alor Setar Mall, City Plaza. Mydin Mall dan lain. 









ALOR SETAR HEARTWEEK 2012



Ujian Kolesterol dan Glukos


Nasihat Kesihatan dan Pemakanan
Ujian Tekanan Darah dan Body Mass Index







BANTUAN JURURAWAT SUKARELA

Bantuan Tenaga Kerja Jururawat Sukarela kali ini telah diperolehi dari 3 buah organisasi Kesihatan iaitu Kolej Kejururawatan Alor Setar, Putra Medical Centre, Alor Setar dan Kedah Medical Centre.  Ribuan terima kasih bagi pihak YJM kepada ketiga-tiga badan tersebut kerana telah menghantar jururawat-jururawat untuk membantu kami sepanjang kempen dijalankan. 




Jururawat-jururawat dari Putra Medical Centre, Kolej Kejururawatan Alor Setar dan Kedah Medical Centre sedang diberi penerangan oleh Staf Nurse YJM En. Mohd Fahmy. 



HOTEL SERI MALAYSIA ALOR SETAR, KEDAH
Sepanjang program dijalankan kami telah menginap di Hotel Seri Malaysia Alor Setar yang terletak di Mukim Alor Malai, Kota Setar, Kedah. Hotel ini terletak berhampiran dengan Stadium Alor Setar dan Kolam Renang. 


Hotel Seri Malaysia Alor Setar
Jalan Stadium Alor Setar City Center 
Alor Setar, Malaysia
Phone Number: 04-730 8737
E-mail: 








ALOR SETAR, KEDAH

Alor Setar (Jawi: الور ستار, singkatan: AS) atau juga dikenali sebagai Alor Star pada 2004-2008, ialah ibu negeri Kedah yang merupakan bandar kedua terbesar di negeri Kedah selepas Sungai Petani (mengambil alih kedudukan tersebut pada tahun 2010 bandar penting dalam pantai barat Semenanjung Malaysia. Bandar ini menempatkan Pusat Pentadbiran Daerah Kota Setar iaitu di Badar Muadzam Shah dan bandar diraja Kedah iaitu Bandar Anak Bukit.
Alor Setar terletak 93 kilometer utara Butterworth, Pulau Pinang dan 45 km dari selatan sempadan Thailand. Bandar Alor Setar ini ditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Alor Setar. Sebagai pusat pengangkutan di kawasan utara Semenanjung Malaysia, kawasan Alor Setar ini yang meliputi tanah seluas 666 km2 (persegi) diduduki oleh lebih daripada 300,000 ribu penduduk mengikut banci tahun 2010 yang merupakan salah satu bandar tertua di kawasan itu.
Alor Setar yang juga merupakan bandar penting negeri Kedah adalah diantara daripada bandar utama di Kedah selain daripada Bandar Sungai Petani, Bandar Kulim dan Bandar Langkawi. Bandar-bandar ini juga membangun seiring dengan pembangunan yang ada di Alor Setar.
Alor Setar adalah cantuman dari kata ‘Alor’ dan ’Setar’. Setar adalah nama pokok Setar, buahnya apabila masak berwarna kuning kemerahan, rasanya masam-masam manis dan saiznya besar sedikit daripada buah rumbia yang termasuk dalam kumpulan pohon kundang dengan nama saintifiknya ‘Bouea macrophylla’.Alor Setar ditubuhkan pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'azzam Shah dan merupakan pusat pentadbiran kelapan negeri sejak Kesultanan Kedah pada 1136. Pusat-pusat pentadbiran sebelum ini berlokasi di Kota Bukit Meriam, Kota Siputeh,Kota Sungai Emas, Kota Naga, Kota Sena, Kota Indera Kayangan dan Kota Bukit Pinang.Bandar ini telah diruntuh dua kali ketika Kedah diserang oleh Bugis pada tahun 1770 dan Siam pada tahun 1821.
Alor Setar telah rasmi diberikan status sebagai Bandaraya yang ke-9 di Malaysia, pada 21 Disember 2003 di mana ejaan nama Alor Setar telah berubah secara rasminya ke Alor Star. Upacara pengisytiharan untuk Ibu Negeri Kedah diadakan di Dataran Tunku, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Di antara mereka yang hadir pada upacara bersejarah adalah Tuanku Sultan Kedah Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Sultanah Kedah Tuanku Haminah Hamidun. Upacara juga disaksikan oleh orang aam dan pelancong.Ejaan nama Alor Setar telah ditukar kepada Alor Star sempena Perisytiharan Bandar Raya Alor Star pada 21 Disember 2003. Ejaan ini telah ditukar semula kepada Alor Setar pada 14 Januari 2009 kerana nama Alor Setar berasal daripada nama pokok di Kedah dipanggil Pokok Setar.
Sumber Rujukan: Wikipedia - Alor Setar


 Warung Nasi Kandar terletak di hadapan Star Parade Alor Setar ... disini aku selalu makan tengahari pada waktu rehat. Nasi kandar paling best pernah aku rasa.... 



Gambar ini diambil ketika Solat Jumaat di Masjid ini pada 6 Julai 2012


Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.
Masjid Zahir merupakan mercutanda yang terkenal di Alor Setar, dengan ciri kubah hitam - satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil, yang melambangkan limat rukun Islam.
Mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibn Almarhum SultanTajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam (1821). Reka bentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara Ia dihiasi dengan lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam.
Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.


Menara Alor Star ialah menara yang berketinggian 165.5 meter di Alor Setar, Kedah, Malaysia. Ia dibina untuk Telekom Malaysia yang menelan kos RM40 juta.
Menara Alor Setar yang terletak di Alor Setar ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah. Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang popular di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter. Menara perhubungan ini merupakan yang ke 19 tertinggi di dunia, dan yang kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur.
Ia berkhidmat sebagai menara telekomunikasi, ia juga bertindak sebagai destinasi pelancongan di bandar. Menara ini dapat melihat permandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata. Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan Ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
Balai cerap terletak pada ketinggian 88 meter dari tapak struktur. Menara Alor Setar memiliki rekabentuk menyerupai setangkai padi yang diikat bersama, sebagai penghormatan kepada kepentingan penanaman padi di Kedah.
Tidak jauh dari Menara Alor Setar terdapat bangunan tumpuan pelancong lain seperti Galeri Sultan Abdul Halim, Balai Nobat, Balai Besar, Masjid Zahir, Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, dan Rumah Merdeka.



Pekan Rabu mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam usaha menggalakkan penyertaan kaum Bumiputera bergiat di dalam bidang perniagaan. Kegiatan perniagaan di Pekan Rabu telah bermula sejak selepas Perang Dunia Pertama atas inisiatif YTM Almarhum Tunku Yaacob, seorang Putera DiRaja Kedah supaya orang Melayu dapat terus menjalankan perniagaan di dalam bandar. Kini Pekan Rabu merupakan lambang kegiatan utama ekonomi orang Melayu di dunia perniagaan. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berniaga di Pekan Rabu ini ketika zaman muda beliau. 



Stadium Darul Aman merupakan satu stadium negeri bagi Kedah. Ia telah dibina pada tahun 1967. Stadium ini terletak di sebelah Lebuhraya Darul Aman. Stadium ini boleh menempatkan kira-kira 32,387 penonton dalam satu-satu masa. Ia juga pernah digunakan sebagai venue utama Sukan Malaysia 2006.

Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
19.10.2013 : 3.10 pm

No comments: